Jika komen kita pedas terhadap orang lain maka bersedialah untuk menerima komen pedas dari orang lain.
Jika komen kita mengutuk orang lain maka persiapkan diri kita untuk dikutuk kembali.
Jika post kita mengkritik orang lain maka bersedialah dengan hati dan fikiran terbuka untuk dikritik orang lain.
Jika komen kita menyakitkan hati orang lain maka bersedialah untuk menerima komen yang menyakitkan.
Jika kita boleh menegur orang lain maka kita juga harus membuka hati untuk ditegur.
Jangan fikirkan kita sahaja yang mempunyai taring kerana berkemungkinan taring orang lain lebih tajam dari kita.
Jika kita boleh menerima semua perkara di atas maka kita perlu bersedia
dengan satu lagi perkara iaitu bersedialah untuk mempertahankan apa yang kita tulis di media sosial jika dicabar di alam realiti.
Maka sebaik-baiknya fikir-fikirkan dan letakkan diri kita pada situasi yang berkenaan sebelum kita post/share/komen di media sosial, takut kelak memakan diri kerana jika satu jari menunjuk kepada orang lain, jari selebihnya mungkin menunjuk tepat kepada kita.
By: Tim Leary : 21/08/2017 12:30