Apabila disebut perkataan media
sosial, secara spontan Facebook, Twitter, Whatsapp, Telegram dan
beberapa aplikasi lain akan terus terlintas di dalam fikiran kita. Pada
masa kini media sosial digunakan secara meluas tanpa mengira status,
latarbeakang pendidikan, kedudukan geografi dan peringkat umur. Pendek
kata, rata-rata rakyat Malaysia menggunakan media sosial.
Kegunaan media sosial juga tidak perlu diulas secara panjang-lebar kerana semua pasti tahu akan fungsi dan kegunaannya. Walau bagaimanapun, sebagai seorang yang mempunyai latarbelakang pendidikan dan kerjaya dalam bidang Sains Komputer saya akan berkongsi beberapa isu berkaitan yang jarang diambil kisah oleh pengguna dalam post-post yang akan datang.
Media sosial bukanlah perkara baru di Malaysia. Saya telah menggunakan media sosial sejak di alam persekolahan lagi iaitu sekitar tahun 1997/98 (mungkin lebih awal di negara lain). Pada masa itu, media komunikasi yang sering digunakan ialah mIRC, kemudian selepas itu ICQ, Yahoo Messengger, forum-forum, friendster dan kemudiannya facebook. Ada beberapa aplikasi lagi yang saya tidak pernah gunakan.

Pada awalnya media sosial tidak begitu terkenal dan hanya digunakan
oleh individu-individu yang memiliki komputer atau dicapai melalui
pusat-pusat cyber sahaja. Namun apabila telefon pintar berkembang di
malaysia sekitar tahun 2007, ia berkembang dengan pantas dan kini media
sosial boleh di capai di mana sahaja yang mempunyai capaian rangkaian
telekomunikasi. Pada sekitar tahun 2007/2008 media-media sosial telah
diadaptasi dalam bentuk baru yang boleh dicapai melalui telefon pintar
dan kini masyarakat secara keseluruhannya boleh menggunakannya dengan
bebas.