Nota dari cerebellum
Hello world!
Saturday, 5 March 2022
A long Break
I stop writing when I found this quote "The internet is full of garbage opinion of unqualified idiot". I don't want to be counted inðŸ¤.
Because I' am, I'm not, I am, I'm not, Im not... err... erm.. errrrr... error haha
Anyway, Just taking a break
Thursday, 15 March 2018
MEDIA SOSIAL DAN ETIKA : Perkara-perkara yang perlu dielakkan dalam group WhatsApp
Media sosial terutamanya aplikasi komunikasi WhatsApp kini menjadi medium utama untuk berkomunikasi. Ini disebabkan ciri-ciri aplikasi ini yang amat mudah dipasang, mudah digunakan, percuma, mempunyai fungsi untuk pengguna berkomunikasi secara peribadi mahupun dalam kumpulan dan boleh diguna pada pelbagai peranti mobile termasuk komputer.
Aplikasi ini ternyata memberikan banyak manafaat kepada pengguna, namun tidak dinafikan bahawa kemudahan dalam aplikasi ini juga mudah disalahguna oleh pengguna yang tidak bertanggungjawab. Menyedari perkara ini, SKMM telah mengeluarkan satu garis panduan kepada pentadbir kumpulan (group admin) pada April 2017 bagi membantu mengekang penyebaran maklumat palsu dan mengurangkan risiko penyalahgunaan media sosial. SKMM menyenaraikan 12 garis panduan yang menyatakan apa yang patut (DO) dan tidak patut dilakukan (DON'T). Pentadbir kumpulan WhatsApp perlu bertanggungjawab dan perlu mengetahui bahawa mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya gagal mengawal penyebaran maklumat palsu dalam kumpulan sehingga menjejaskan keselamatan negara. Garis panduan ini dapat membantu pentadbir kumpulan untuk menguruskan WhatsApp group dengan lebih berkesan.
Walaupun tidak ada garis panduan khusus untuk individu perseorangan, sebagai pengguna kita juga perlu mengambil langkah berhati-hati untuk melindungi diri daripada menerima kesan buruk akibat penyalahgunaan aplikasi ini.
Antara perkara yang perlu diambil perhatian ialah:-
1. Elakkan post aduan sensitif.
Setiap perkara terutamanya perkara yang sensitif amat mudah dimanipulasi oleh pengguna lain dalam kumpulan dan digunakan untuk menentang anda semula sehingga membuatkan anda kelihatan amat teruk. sebagai contoh aduan anda terhadap taman yang kotor boleh dimanipulasi oleh orang lain dengan cara mengambil gambar taman selepas dibersihkan dan mengatakan anda hanya mereka-reka cerita.
Post anda juga boleh diambil, dimanipulasi dan disebarkan ke kumpulan-kumpulan yang lain dan digunakan untuk memburuk-burukkan anda. Post anda juga boleh diambil sebagai bukti bagi kelakuan anda. Oleh itu sebaik-baiknya selesaikan apa sahaja aduan yang sensitif secara berdepan dengan pihak yang berkenaan.
2. Elak berkongsi bahan sensitif yang tidak diketahui kesahihannya
Bahan yang anda kongsi samaada dalam bentuk teks, audio, video mahupun grafik mudah disalah tafsir dan menyebabkan komen negatif berantai oleh pengguna dalam kumpulan sekaligus boleh menyebabkan kerugian, menimbulkan fitnah dan menyebabkan keaiban pada individu lain. Anda pasti pernah membaca berita tentang perniagaan yang terpaksa ditutup akibat daripada hanya satu post yang menjadi viral walaupun apa yang diviralkan itu tidak menggambarkan fakta sebenar.
Sentiasa ingatkan diri sendiri bahawa anda bertanggungjawab atas apa sahaja yang and kongsi di dalam kumpulan. Anda mungkin boleh memohon maaf tetapi kesan buruk yang akibat post anda tidak mungkin dapat dipulihkan dengan mudah.
3.Tahan diri dari memberi reaksi melampau pada post sensitif
Apabila sesuatu kejadian diviralkan di media sosial, ramai orang berlumba-lumba untuk memberi reaksi, membuat andaian, komen dan ulasan terhadap kejadian tersebut seolah-olah siapa yang paling cepat memberi komen maka dialah juara dan dialah yang paling bijak sekali. Ini termasuklah memaki hamun dan menghambur kata-kata kesat dan seterusnya berkongsi bahan tersebut pada kumpulan lain. Kita melihat banyak kejadian yang berlaku diviralkan dan memberi kesan yang mendalam kepada individu, keluarga dan saudara-mara pihak yang terlibat. Apa yang dikesalkan ialah sikap netizen yang terlibat dalam proses viral tersebut hanya memandang remeh dan berselindung di sebalik klausa "kebebasan bersuara", "sharing is caring", "sekadar memberi pandangan", "sekadar mengambil iktibar" dan sebagainya tanpa rasa kesal apabila cerita sebenar kejadian diketahui.
Perlu ingat bahawa setiap kejadian mempunyai cerita sebenar dan kita tidak dapat mengubah kesan buruk yang berlaku pada pihak terlibat akibat daripada reaksi melampau yang diberikan, oleh itu sebaik-baiknya elakkan dari memberi reaksi pada post sensitif.
4.Elakkan dari membuat/ berkongsi gurauan melampau
Bergurau senda di dalam kumpulan WhatsApp adalah perkara biasa dan amat baik untuk memeriahkan suasana serta memupuk kemesraan di kalangan ahli. Namun gurauan yang melampau berpotensi untuk mengguris perasaan orang lain. Ia juga boleh menjatuhkan reputasi anda sendiri dan boleh digunakan untuk menyerang personaliti anda. Oleh itu elakkan daripada berkongsi gurauan melampau terutamanya gurauan yang menyentuh peribadi orang lain.
5. Jangan berdebat di dalam kumpulan
Perdebatan melalui kumpulan WhatsApp adalah perkara yang perlu dielakkan kerana ia tidak akan berkualiti dan amat berbeza dengan debat yang dianjurkan secara realiti.
Dalam acara debat, forum dan dialog secara realiti, ia mempunyai peraturan, objektif dan format yang amat jelas.Ia juga dilakukan di dalam suasana yang terkawal dan fokus pada topik yang telah ditetapkan sahaja. Di akhir perdebatan kita akan mendapat hasil yang jelas daripada perdebatan tersebut seterusnya boleh digunakan untuk penyelesaian masalah.
Namun amat berbeza di dalam media sosial, pematuhan terhadap disiplin, format dan peraturan debat tidak dapat dilakukan. Debat melalui kumpulan WhatsApp berpotensi untuk keluar daripada tajuk dan melarat kepada topik yang lain. Perlu diingat bahawa adalah sukar untuk mengawal siapa yang perlu bercakap dan siapa yang seharusnya menjadi penonton di dalam kumpulan WhatsApp maka penglibatan ahli-ahli lain tidak dapat dibendung. Ahli-ahli kumpulan yang turut serta dalam perdebatan akan menjadikan perdebatan menjadi huru-hara, ada diantara ahli kumpulan yang akan menjadi penyokong, batu api, membuat provokasi dan ada juga yang akan cuba untuk mengalih perhatian dengan post artikel yang panjang lebar dengan harapan dapat menutupi debat yang sedang berlaku. Akhirnya perdebatan yang dilakukan hanya akan menjadi perang "keyboard" secara besar besaran dan menimbulkan lebih banyak masalah.
Latar belakang dikalangan ahli-ahli kumpulan yang mengambil bahagian juga adalah berbeza dari segi personaliti, tahap pengetahuan, ideologi, tahap pendidikan dan juga umur. Kadang-kala ada diantara ahli kumpulan yang merupakan penganalisis personaliti sengaja membuat kenyataan tertentu hanya sebagai eksperiment sosial dan tanpa disedari sedang menganalisis orang-orang tertentu dalam kumpulan. Tidak kurang juga yang amat hebat berkata-kata dan serba tahu di dalam media sosial tetapi bersifat sebaliknya secara realiti. Oleh itu adalah lebih baik untuk menghindari perdebatan yang sia-sia.

Sunday, 20 August 2017
Media Sosial dan Etika : Anda bertanggung jawab terhadap komen dan post anda
Jika komen kita pedas terhadap orang lain maka bersedialah untuk menerima komen pedas dari orang lain.
Jika komen kita mengutuk orang lain maka persiapkan diri kita untuk dikutuk kembali.
Jika post kita mengkritik orang lain maka bersedialah dengan hati dan fikiran terbuka untuk dikritik orang lain.
Jika komen kita menyakitkan hati orang lain maka bersedialah untuk menerima komen yang menyakitkan.
Jika kita boleh menegur orang lain maka kita juga harus membuka hati untuk ditegur.
Jangan fikirkan kita sahaja yang mempunyai taring kerana berkemungkinan taring orang lain lebih tajam dari kita.
Jika kita boleh menerima semua perkara di atas maka kita perlu bersedia dengan satu lagi perkara iaitu bersedialah untuk mempertahankan apa yang kita tulis di media sosial jika dicabar di alam realiti.
Maka sebaik-baiknya fikir-fikirkan dan letakkan diri kita pada situasi yang berkenaan sebelum kita post/share/komen di media sosial, takut kelak memakan diri kerana jika satu jari menunjuk kepada orang lain, jari selebihnya mungkin menunjuk tepat kepada kita.
By: Tim Leary : 21/08/2017 12:30

Monday, 4 July 2016
Media sosial dan Etika : "PAKAR DI MEDIA SOSIAL"
- Yang pakar tentang perubatan, berkelulusan Pentadbiran
- Yang pakar tentang sains politik berkelulusan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
- Yang pakar tentang kewangan/ekonomi graduan Kejuruteraan Kimia
- Yang pakar tentang agama, kelulusan Sains Komputer
- Yang pakar tentang pertanian, kelulusan Aerospace
- Yang pakar tentang sains komputer, kelulusan Pengajian Bahasa
- Yang pakar segala-galanya = tidak memerlukan sebarang kelulusan
SESIAPA PUN BOLEH JADI PAKAR DI MEDIA SOSIAL
Mempunyai pendapat sendiri adalah sangat baik dan sihat, namun janganlah sampai pendapat disalah anggap. Ada baiknya jika kita sederhana dalam memberi komen dan menyerahkan sebahagian perkara untuk diselesikan oleh individu yang betul-betul mempunyai ilmu sesuai dengan bidangnya.
Sekadar peringatan untuk diri sendiri 😆
Monday, 7 December 2015
Media Social And Ethics :Sharing Is Caring
One of the popular functions in social media is the sharing function. Facebook, for instance, the sharing button is one of the most highly used functions to share other members post such as images, graphic, status, quotes, video, event, page and everything that available for sharing on Facebook.
This function is very useful in so many ways. Thanks to the "Viral" Factor, Industrial sector, Entertainment, Education, Activist, Organizations, Individual and many more can benefit from this function to introduce new product, campaign, knowledge and awareness effectively. One simple post can reach up to a million shares in a matter of minutes, translated into various languages and shared across countries. If this function is fully utilized in a good manner, you will have endless lists of good things you can achieve with this single function. This has inspired the social media term of "sharing is caring".
However, each technology comes in "package", apart from the benefit, it also has disadvantages. This is caused by the weakness of the technology itself, the lack of user’s knowledge as well as users who are using the technology with bad intention. These weaknesses are very difficult to control. Take for example, during the earthquakes at Mount Kinabalu Sabah on June 2015, posts and pictures begin to spread immediately after the first tremor. At first the shared post and image is very helpful in giving early information about the incident to the public and also to those involved in the rescue efforts. But not long after that, pictures and stories shared were edited and diverted causing anxiety and confusion to the community. It became worst and some are very offensive, especially to the families of the victims. Other examples are defamation, fraud discrimination, hatred and more. "Sharing is caring" but if it makes another person become a victim, I don't think it is caring anymore.
Therefore we have to be rational when using the sharing function in social media( Facebook, Twitter, WhatsApp, Telegram or forum). Make sure that what we share is authentic, beneficial and not oppressing others. Take time to think deeply before sharing, share what you really want to share and be responsible with what you share because in social media "sharing is not necessarily caring".
By:Tim Leary Thadius
Tuesday, 3 November 2015
Kesan gadget elektronik kepada kanak-kanak
Beberapa tahun dahulu,
gadget elektronik merupakan satu alat yang hanya dianggap sebagai nilai tambah
dalam kehidupan seharian dan adalah menjadi kebanggaan untuk memilikinya. Namun
pada masa kini, ia bukan lagi setakat satu nilai tambah tetapi sudah dianggap
sebagai keperluan untuk membantu urusan seharian bermula dari komunikasi,
urusan kerja, urusan perbankan, pencarian maklumat, pembelajaran, hiburan dan
banyak lagi kegunaan lain. Kesan gadget elektronik kepada kehidupan seharian
kita amatlah besar, sebagai contoh, jika kita terlupa membawa telefon pintar
semasa keluar dari rumah, tahap kerisauan kita seolah-olah seperti orang yang
kehilangan kunci rumah atau barang berharga. Jika kesan sebegini berlaku pada
orang dewasa, bagaimana pula kesan kepada kanak-kanak?
Menurut
artikel bertarikh 6 jun 2013 yang diterbitkan dalam surat khabar thestar.com.my
yang memetik kajian daripada beberapa intitut dan organisasi, ibu bapa pada
masa kini mendedahkan anak-anak mereka kepada gadget elektronik pada usia yang
sangat muda. Ramai ibu bapa yang berasa selesa memberikan gadget kepada
anak-anak kerana ia boleh membantu mereka duduk diam dan tidak membuat karenah
semasa membeli-belah, berada di restoran ataupun tempat-tempat awam. Walau
bagaimanapun, ramai ibu bapa yang tidak memahami kesan pendedahan peralatan
tersebut pada anak-anak mereka.
Pada
masa kini, gadget elektronik bukan lagi terhad kepada orang dewasa tetapi sudah
banyak produk yang dikeluarkan disasarkan khusus kepada kanak-kanak. Setiap
produk yang dikeluarkan ini mempunyai kesan sampingan, maka timbul persoalan di
kalangan ibu bapa tentang adakah kanak-kanak boleh didedahkan kepada produk
tersebut ataupun tidak?. Kebanyakan aritkel dan kajian yang diterbitkan samaada
melalui internet mahupun bahan bercetak banyak menyentuh tentang kesan buruk
gadget elektronik kepada kanak-kanak. Namun untuk benar-benar memahami isu ini,
masyarakat perlu melihat kepada kedua dua aspek iaitu faedah dan kesan
buruk penggunaan gadget.
Berikut
adalah senarai kesan negatif dan juga faedah pendedahan gadget elektronik
kepada kanak-kanak yang dipetik daripada beberapa suratkhabar, hasil kajian yang
dilakukan organisasi kesihatan serta beberapa professor dari university
tempatan dan luar Negara.
Kesan Negatif
- Kerosakan mata akibat terdedah terlalu lama pada skrin
- Kegemukan dan masaalah kesihatan jantung akibat kurang aktiviti fizikal
- Kerosakan struktur rangka kerana duduk terlalu lama
- Kemerosotan pembelajaran seperti matematik dan kemahiran penulisan Bahasa yang betul
- Kesukaran memberi tumpuan pada pelajaran
- Masaalah pergaulan dan komunikasi kerana kekurangan interaksi nyata.
- Masaalah buli melalui cyber
- Kesukaran mempelajari kemahiran sebenar / teknikal
- Menjarakkan hubungan anak dan ibu bapa
- Mengaktifkan rangsangan pembelajaran kanak-kanak
- Meningkatkan kemahiran teknologi
- Meningkatkan pengetahuan dan pembelajaran baru dengan lebih cepat
- Faedah daripada perisian-perisian pendidikan
- Memberikan hiburan dan ketenangan
Setelah memahami kesan negatif dan juga faedah gadget elektronik kepada
kanak-kanak, boleh disimpulkan bahawa terdapat keperluan untuk memberikan
pendedahan kepada kanak-kanak bermula dari peringkat awal usia lagi untuk
mendapat faedah daripada segi pendidikan, namun kawalan harus dipraktikan
supaya kesan-kesan negatif dapat
dihindarkan sebaik mungkin.
Menurut pandangan pakar dan penyelidik,
pendedahan peralatan elektronik kepada kanak-kanak tidak boleh melebihi tempoh
2 Jam sehari, namun kanak-kanak adalah berbeza dari segi tingkah laku, tahap
kesihatan, penerimaan dan peringkat umur. Oleh itu adalah penting bagi ibu bapa
untuk memahami jenis perlatan elektronik yang ingin didedahkan dan juga
memahami anak-anak sebelum menetapkan peraturan dan kawalan penggunaan gadget
samaada perlu kurang atau lebih sedikit dari saranan pakar.
Saturday, 24 October 2015
Lambakan Maklumat Internet
Pada masa kini, internet merupakan teknologi yang menjadi keperluan hampir keseluruhan penduduk di Malaysia. Jika dibandingkan dengan keadaan pada sekitar 10 hingga 15 tahun yang lalu di mana internet hanya dicapai oleh golongan tertentu, kini, pengguna internet terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat tidak kira peringkat umur, pekerjaan, sosio ekonomi, kedudukan geografi dan sebagainya. Ini disebabkan oleh perkembangan teknologi yang kini mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat.
Pada asasnya, internet digunakan untuk menyebarkan maklumat dan juga untuk mendapatkan maklumat. Ini termasuklah maklumat dari segi ilmu pengetahuan, isu semasa, hiburan, politik, hobi serta digunakan sebagai medium komunikasi. Maklumat yang boleh dimuatnaik dan diperolehi dari internet juga datang dalam pelbagai bentuk digital sama ada dalam bentuk teks, ilustrasi/ gambar, audio dan juga video.
Tidak dinafikan bahawa faedah yang dibawa oleh teknologi ini amat banyak sekali. Malah jika kita membuat carian mengenainya, beribu-ribu penulisan dan kajian akan dipaparkan pada hasil carian. Walau bagaimanapun, kita perlu ingat bahawa teknologi internet datang dalam bentuk pakej. Selain daripada faedah yang baik, ia juga datang berserta dengan kelemahan-kelemahan tertentu. Mengambil contoh sistem e_learning yang mempunyai tujuan yang baik juga terdapat faedah dan kelemahannya seperti yang dinyatakan dalam journal yang diterbitkan oleh "International Journal of Education and Research Vol. 2 No. 12" yang diterbitkan pada disember 2014.
Boleh dikatakan bahawa maklumat-maklumat yang boleh diperolehi daripada internet adalah terdiri daripada maklumat sahih dan juga maklumat yang palsu. Ini disebabkan oleh kebebasan yang ada pada teknologi ini. Sesiapa sahaja boleh menulis, mencipta, menggubah dan berkongsi apa juga maklumat dan bahan untuk pelbagai tujuan termasuklah tujuan yang tidak baik.
Peningkatan pengguna internet merupakan sesuatu yang amat baik sekali. Namun apa yang menjadi kebimbangan adalah keupayaan setiap individu untuk menilai maklumat-maklumat yang diperolehi. Ramai pengguna yang sukar menilai mengakibatkan mereka mudah terpengaruh dan mempercayai bulat-bulat apa sahaja informasi yang boleh diperolehi dari internet. Tidak cukup dengan itu, golongan ini juga turut berkongsi maklumat yang kurang tepat dalam media sosial. Malah ada yang suka menjadi ikut-ikutan dan sering mengemaskini status di media sosial berdasarkan tajuk-tajuk artikel sehinga memetik akta-akta tertentu tanpa memahami dan mengetahui kandungan sebenar artikel dan akta tersebut. Jika keadaan seperti ini dibiarkan melarat, teknologi ini akan mengakibatkan lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.
Kebanjiran maklumat yang ada dalam internet mungkin sukar untuk dikawal, oleh itu, selain daripada kawalan yang dilakukan oleh pihak berkuasa, pendekatan lain untuk mendidik pengguna internet perlu dilakukan. Ini termasuklah pendedahan awal di peringkat sekolah dan juga kepada pengguna-pengguna baru terutamanya kepada golongan yang mempunyai pengetahuan yang tidak terperinci mengenai teknologi ini agar berupaya membuat penilaian yang sewajarnya terhadap setiap maklumat yang diperolehi.

Subscribe to:
Posts (Atom)